Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah mewakili Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri dan pengurusan tertinggi Kementerian Alam Sekitar, Sains, Teknologi dan Inovasi Kumpulan G77+China (secara hibrid) yang telah berlangsung di Hotel Nasional di Vedado pada 4 Julai 2023. Mesyuarat tersebut telah disertai oleh lebih seratus ahli delegasi dari negara-negara anggota G77.
Ucaptama telah disampaikan oleh PYT Elba Rosa Pérez Montoya, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Republik Cuba (CITMA), manakala TYT Manuel Marrero Cruz, Perdana Menteri Cuba telah menyampaikan ucapan penutup di mesyuarat tersebut.




