TYT Vanhtha Sengmeuang, Duta Besar Lao PDR ke Cuba, selaku Pengerusi baru ACHC untuk tempoh dari Januari-Jun 2023 telah mempengerusikan mesyuarat pertama ACHC untuk tahun ini bertempat di Kediaman Rasmi beliau pada 3 Februari 2023.
Selain dari penyerahan Kepengerusian ACHC dari Indonesia kepada Lao PDR, mesyuarat turut membincangkan program/aktiviti yang bakal dilaksanakan untuk tahun 2023, Sesi Pemukiman Menteri-menteri luar negeri ASEAN, Kepengerusian ASEAN 2023 oleh Indonesia, dan juga perkembangan terkini di negara masing-masing.
