Ke arah mempergiatkan usaha melobi bagi pencalonan Malaysia ke Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), di bawah Kategori C bagi penggal 2024-2025, Malawakil Havana telah menganjurkan majlis makan tengah hari pada 16 Oktober 2023 melibatkan wakil negara tuan rumah, Cuba serta negara-negara tauliahan serentak iaitu The Commonwealth of The Bahamas, Jamaica, Republik Dominicana, Nicaragua dan Haiti. Majlis berkenaan diadakan di Hotel Iberostar Grand Packard yang terletak di Pusat Bandar Havana.

