Tourism Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah menganjurkan Seminar Pelancongan Malaysia Truly Asia bertempat di Gran Hotel Manzana Kempinski La Habana pada 18 Julai 2023. Seminar berkenaan telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi pelancongan di Cuba, media tempatan dan juga Rumah Asia.
Seminar berkenaan dianjurkan bersempena dengan lawatan sulung Tourism Malaysia ke Cuba. Potensi kerjasama di antara Malaysia dan Cuba dalam sektor pelancongan menjadi fokus utama dalam lawatan kerja kali ini.
