Mission News

Penyerahan Kepengerusian ACHC daripada Myanmar kepada Vietnam

12 July 2024 1 views

Cik Chenderawasih Abd. Malak selaku Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah mewakili Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Komuniti ASEAN di Havana (ACHC) kali ke-2 yang telah dihoskan oleh En. Moe Naing Aung, Ketua Misi Kedutaan Besar Myanmar pada 12 Julai 2024. 


Selain daripada penyerahan Kepengerusian ACHC daripada Myanmar kepada Vietnam, mesyuarat turut membincangkan program/aktiviti yang bakal dilaksanakan pada Julai sehingga hujung tahun ini dan juga perkembangan semasa di negara masing-masing, peringkat tempatan dan juga antarabangsa. 


Malaysia juga telah mengambil kesempatan ini untuk meuar-uarkan makluman berkenaan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan.

Share:
Link copied to clipboard
Back