TYT Muhammad Radzi Jamaludin selaku Pengerusi Komuniti ASEAN di Havana (ACHC) untuk penggal ke-dua tahun 2023 telah menyerahkan kepengerusian untuk penggal pertama tahun 2024 kepada En. Zaw Naing Win, Ketua Misi, Kedutaan Besar Myanmar. Majlis penyerahan telah berlangsung di Canseri pada 25 Januari 2024. Selain penyerahan kepengerusian, mesyuarat untuk mengambil maklum perkara-perkara yang dibincangkan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, kepengerusian ASEAN oleh Lao PDR untuk tahun 2024, dan perkembangan semasa di negara masing-masing, antarabangsa dan di Cuba.

