Mission News

Pertemuan di antara ACHC dan FM Bruno

14 April 2023 1 views

Satu sesi pertemuan di antara Ketua-ketua Perwakilan ASEAN di Havana dan TYT Bruno Eduardo Rodríguez Parrilla, Menteri Luar Negeri Cuba telah berlansung pada 14 April 2023 bertempat di Dewan Protokol Cubanacan.  Kedutaan Besar Malaysia telah diwakili oleh Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara. 

Perbincangan tertumpu kepada program/aktiviti anjuran Komiti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC); potensi kerjasama bidang-bidang di antara ACHC, ASEAN dan Cuba serta Kepulauan Caribbean; Kepengerusian G77+China oleh Cuba untuk tahun 2023; Kepengerusian ASEAN oleh Indonesia untuk tahun ini; situasi semasa di Cuba; lawatan dari negara-negara ASEAN ke Cuba dalam masa terdekat; dan potensi pelaburan dan dagangan di Cuba.

Share:
Link copied to clipboard
Back