Pada 19 Julai 2023, En. Mohd Akbal Setia, Timbalan Presiden Tourism Malaysia untuk Amerikas juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pn. Luisa Maria Gonzalez, Naib Presiden (I) Prensa Latina bertempat di ibu pejabat Prensa Latina di Vedado. Prensa Latina, agensi berita rasmi Cuba (sepertimana BERNAMA di Malaysia), telah ditubuhkan pada tahun 1959, sejurus Revolusi di Cuba.
Potensi kerjasama di antara Tourism Malaysia dan Prensa Latina dalam mempromosikan tarikan pelancongan di Malaysia kepada rakyat Cuba dan juga negara-negara Amerika Latin yang lain adalah di antara perkara yang dibincangkan dipertemuan kali ini, disusuli dengan sesi temuramah ringkas oleh pihak Prensa Latina.
