Mission News

Pertemuan Sulung Bersama Pengarah Rumah Asia

16 January 2023 1 views

Cik Chenderawasih Abdul Malak, Kuasa Usaha Sementara telah mengadakan pertemuan sulung beliau bersama Puan Yamir Macías, Pengarah Rumah Asia bertempat di Rumah Asia yang terletak di Kota Lama Havana.  Beliau telah turut disertai oleh Puan Mariana Camejo, Editor Media Baru Majalah Bohemia, majalah tempatan di Cuba.  Perbincangan tertumpu kepada program bersempena dengan sambutan Tahun Baru Kalendar Lunar ang akan dianjurkan oleh Institut berkenaan pada 27 Januari 2023, dan juga potensi kerjasama di antara Rumah Asia dan juga Kedutaan Besar Malaysia, Havana dalam program/aktiviti kebudayaan.

Share:
Link copied to clipboard
Back