Mission News

Pertemuan Sulung TYT Muhammad Radzi Jamaludin bersama Kominiti ASEAN

14 November 2023 1 views

TYT Muhammad Radzi Jamaludin, Duta Besar Malaysia ke Republik Cuba yang baru, yang juga merangkap Pengerusi semasa Komuniti ASEAN di Havana, Cuba (ACHC) buat julung kalinya menyantuni rakan-rakan sekerja dari Kedutaan-kedutaan Besar ASEAN lain yang beribupejabat di Havana di Majlis Jamuan Makan Tengahari bertempat di Canseri pada 14 November 2023.  Majlis berkenaan juga diadakan untuk meraikan TYT Le Thanh Tung, Duta Besar Vietnam ke Republik Cuba yang bakal menamatkan tugas beliau di Havana dalam masa terdekat.

Para tetamu disajikan dengan juadah hidangan yang disediakan oleh Kedutaan Besar Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back