Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba telah menganjurkan Rumah Terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidil-Fitri pada 19 Mei 2023 bertempat di Canseri.
Majlis berkenaan telah dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 50 orang tetamu yang terdiri daripada Duta-duta Besar negara-negara seliaan iaitu Jamaica, Nicaragua; Republik Dominika; Duta-duta Besar dan wakil negara-negara anggota ASEAN; Diaspora Malaysia; 'Friends of Malaysia'; wakil-wakil media dari Prensa Latina dan Majalah Bohemian serta Masjid Abdalla.
Para tetamu telah disajikan dengan juadah khas Malaysia seperti nasi hujan panas, ayam masak merah, kurma telur, nasi impit bersama kuah kacang dan masak lemak lodeh serta rojak buah yang telah disediakan oleh PERWAKILAN Havana. Tidak lupa juga biskut Raya yang telah didatangkan khas dari Malaysia untuk majlis tersebut.
Satu sudut khas untuk memperkenalkan kebudayaan Malaysia seperti permainan congkak dan acuan-acuan kuih tradisional Malaysia turut disediakan untuk tatapan para tetamu.

