Pada 24 Disember 2022, Malawakil Havana bersama-sama lima Kedutaan Besar ASEAN yang lain iaitu Kemboja, Lao PDR, Myanmar dan Vietnam telah turut menjayakan sambutan Hari Keluarga ASEAN yang telah dihoskan oleh Kedutaan Besar Indonesia selaku Pengerusi ASEAN Committee in Havana, Cuba (ACHC) pada kali ini. Sambutan ini telah diadakan di Las Terrazas yang terletak hampir sejam dari Havana. Pelbagai acara seperti flying fox, melawat rumah mantan penyanyi terkenal Cuba iaitu Polo Matinez serta berkunjung ke studio pelukis tempatan telah diadakan. Sambutan berkenaan telah diteruskan dengan permainan indoor dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari, disusuli dengan penyerahan Kepengerusian ASEAN Committee in Havana, Cuba (ACHC) daripada Indonesia kepada Lao PDR (Jan-Jun 2023) dan pemberian cenderahati ACHC kepada PYT Ban Borom yang akan tamat bertugas di Cuba pada penghujung bulan ini.


