Kedutaan Besar Malaysia di Havana beserta wakil-wakil Kedutaan Besar yang lain iaitu Iran, Turkiye, Kazakhstan, Kepulauan Solomon, Lao PDR, Vietnam, Myanmar, Mongolia, India dan Pakistan telah turut menyerikan Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Persatuan Wanita Asia (ALA) bertempat di Hotel Grand Aston La Habana.
Usai makan tengahari, beberapa permainan turut diaturkan kepada para peserta. Selain itu, perbincangan awal berkaitan Program Bazar ALA yang akan diadakan pada bulan Mei turut dibincangkan.

