Mission News

Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan The Bahamas ke-50

01 July 2023 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut bersama-sama memeriahkan majlis resepsi bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan The Bahamas yang ke-50 yang telah berlangsung di Hotel Grand Aston, Vedado pada 1 Julai 2023. 
Kami sungguh terpegun dengan persembahan kebudayaan yang telah diaturkan oleh Kedutaan Besar The Bahamas di Havana, yang dibawa khas dari The Bahamas. Kami juga bertuah kerana dapat bertemu dengan En. Taureano Dexter Johnson, peninju profesional dari The Bahamas, selaku wakil negara beliau ke Sukan Komanwel 2003 di Kuala Lumpur. 

Terima kasih TYT Dr. Elliston Rahming, Duta Besar The Bahamas ke Cuba atas undangan ke majlis resepsi kali ini!

Share:
Link copied to clipboard
Back