Pada 23 Julai 2024, Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut memeriahkan majlis resepsi untuk meraikan Duta-duta Besar yang baru ke Cuba (India, China dan juga Mesir) dan juga Duta Besar Arab Saudi ke Cuba yang bakal menamatkan tugas beliau setelah tiga (3) tahun bertugas di Havana. Selamat maju jaya kami ucapkan dan moga bertemu lagi.

