Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh TYT Chea Thireak, Duta Besar Kemboja ke Cuba yang baru bertempat di Canseri pada petang ini. Komuniti ASEAN dan Asia di Havana, cara hidup dan urusan harian serta perbankan di Havana, keadaan keselamatan di sepanjang keberadaan di Havana dan sumber mendapatkan bekalan makanan serta persiapan awal untuk pembentangan berkenaan ASEAN adalah antara perkara yang dibincangkan dipertemuan kali ini.


