Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut memeriahkan acara menaikan bendera ASEAN bersempena dengan Majlis Sambutan Hari ASEAN ke-57 yang telah diadakan di perkarangan Kedutaan Besar Vietnam pada 20 Ogos 2024. Majlis berkenaan telah turut dihadiri oleh wakil Kementerian Luar Negeri Cuba, the Institute of Friendship with the Peoples (ICAP), Duta Besar Sri Lanka dan juga Rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu China dan juga Jepun.
