Pada 20 Julai 2024, Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah turut memeriahkan majlis resepsi anjuran Kedutaan Besar The Bahamas bersempena sambutan Kemerdekaan negara tersebut yang ke-51 dan juga Ulang Tahun ke-50 Hubungan Dua Hala The Bahamas dan Cuba. Para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan oleh Kumpulan Koir Pemuda Havana dan juga Kumpulan Koir Pemuda The Bahamas yang telah didatangkan khas dari Nassau.


