Mission News

Sambutan Belt and Road Initiative (BRI) yang ke-10

06 July 2023 1 views

Pada 6 Julai 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana beserta Kor Diplomatik yang lain telah turut serta dalam seminar antarabangsa bersempena sambutan Belt and Road Initiative (BRI) yang ke-10 anjuran Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Havana bertempat di Hotel Grand Aston. 6 ahli panel yang terdiri daripada Duta-duta Besar dari Pakistan, Indonesia, Mesir, Sri Lanka dan wakil-wakil dari Kazakhstan dan Cuba telah kongsikan projek-projek di bawah lembayung BRI yang dilaksanakan di negara masing-masing.

Share:
Link copied to clipboard
Back