Mission News

Sesi beramah-mesra bersama Diaspora Malaysia di Jamaica

11 March 2025 1 views

Semasa lawatan kerja ke Jamaika bersempena dengan Minggu Diplomatik Jamaika, pada 11 Mac 2025, TYT Muhammad Radzi Jamaludin telah turut meluangkan masa untuk bertemu dengan Diaspora Malaysia yang menetap dan bekerja di Jamaica.  Sesi berkenaan telah diadakan di Summer Palace, Kingston. Selain dari bertanya khabar, beliau turut kongsikan perkembangan terkini di Malaysia, dasar-dasar terkini di bawah Kerajaan Malaysia Madani serta maklumat-maklumat berkaitan konsular.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back