Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara beserta para isteri diplomat yang bertugas di Havana telah turut serta memeriahkan sesi demostrasi masakan Indonesia yang dihoskan oleh PYT Amb. Nana Yuliana, Duta Besar Indonesia ke Cuba bersempena Sambutan Hari Ibu di Indonesia. Para tetamu telah disajikan dengan hidangan istimewa iaitu Gado-gado, Nasi Goreng dan Es Kuwut yang telah disediakan oleh Chef Yono, pemilik Yono's Fine Dining yang didatangkan khas dari New York.

