Mission News

Sesi minum petang bersama Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di Havana

24 November 2022 1 views

Kuasa Usaha Sementara Cik Chenderawasih Abd. Malak telah turut serta dalam sesi minum petang bersama Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di Havana yang telah dihoskan oleh Ibu Nana Yuliana, Duta Besar Indonesia selaku Pengerusi ASEAN untuk bulan Jun-Disember 2022.

Sesi perbincangan tertumpu kepada hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 & 41, penerimaan Timor Leste sebagai negara pemerhati, penganjuran FIHAV 2022 (pameran dagangan antarabangsa terbesar di Cuba), perkembangan politik tempatan dan di negara masing-masing serta aktiviti-aktiviti bersama yang akan diadakan sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya.

Share:
Link copied to clipboard
Back