Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, pada 9 April 2024, TYT Muhammad Radzi Jamaludin telah menyantuni delegasi PKT Logistics Group Sdn. Bhd. yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Michael Tio, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan syarikat berkenaan. Lawatan mereka selama beberapa hari ke Cuba adalah bersempena dengan sesi pemukiman pengurusan tertinggi syarikat berkenaan. Terima kasih dan moga bertemu lagi.
