Sesi perbincangan bersama Puan Silvia Gonzalez Legrada, Pengarah, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Puan Elisabet Bordallo López, Penasihat kepada Rektor, Universiti Havana (UH) dalam memperincikan butiran serta persiapan bersempena lawatan delegasi UiTM ke Havana. Program-program yang ditawarkan, bilangan penuntut keseluruhan dan antarabangsa, kursus-kursus jangka pendek yang boleh diikuti oleh diplomat di Havana turut dibincangkan. UH turut menyentuh berkenaan Rangkaian Universiti ASEAN (ASEAN University Network-AUN) dan berminat untuk menjadi pemerhati dalam rangkaian tersebut, serta untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan potensi kerjasama bioteknologi dalam bidang pertanian.
