Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara dan Cik Jama’aiah Che Ross, Setiausaha Kedua, telah meluangkan masa untuk menyantuni diaspora Malaysia yang kini bertugas di Kepulauan Cayman dan Kepulauan Turks & Caicos.
Selain bertanya khabar, situasi terkini di negara masing-masing, makluman terkini berkenaan pembentukan kerajaan baru Malaysia, pembaharuan paspot, Sijil Kelakuan Baik, pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara dan perkhidmatan-perkhidmatan konsular yang berkaitan turut dikongsikan di sesi tersebut. Pendekatan sebegini adalah pendekatan proaktif Kedutaan Besar Malaysia untuk sentiasa berhubung dengan diaspora Malaysia ke ara memastikan kebajikan mereka di luar negara sentiasa terpelihara.
