Mission News

Sesi Sidang Video bersama Dispora Malaysia

18 May 2023 1 views

Pada 18 Mei 2023, Kedutaan Besar Malaysia di Havana telah menganjurkan satu sesi sidang video bersama wakil Dispora Malaysia yang kini bertugas di Kepulauan Turks dan Caicos; dan juga Bahamas.   Selain bertujuan untuk memperkenalkan pegawai konsular di Kedutaan yang baru dan makluman terkini berkaitan perkhidmatan konsular yang boleh disalurkan, sesi berkenaan menjadi platform untuk berkongsi perkembangan terkini di negara masing-masing serta isu-isu berbangkit yang ingin dikeutarakan.  Pendekatan sebegini dianjurkan dari masa ke semasa ke arah memastikan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara senantiasa terjaga.

Share:
Link copied to clipboard
Back