Pada 17 Februari 2025, satu sesi temuramah oleh Prensa Latina bersama TYT Muhammad Radzi Jamaludin telah diadakan di Canseri. Di sesi ini, TYT Muhammad Radzi telah mengulas berkenaan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik di antara Malaysia dan Cuba, Lawatan Kerja Menteri Luar Negeri Republik Cuba ke Malaysia baru-baru ini serta potensi kerjasama di antara Malaysia dan Cuba dalam sektor bio-teknologi dan farmaseutikal.
Perjanjian Persefahaman di antara BERNAMA dan Prensa Latina, yang juga merupakan salah satu media tempatan utama di Cuba, telah ditandatangani semasa Lawatan Kerja Menteri Luar Negeri Republik Cuba ke Malaysia.

