Mission News

Sidang video bersama Konsul-konsul Kehormat Malaysia di Haiti, Nicaragua & Dominican Republic

14 December 2022 1 views

Pada 13 Disember 2022, satu sidang video di antara Cik Chenderawasih Abd. Malak, Kuasa Usaha Sementara bersama Konsul-konsul Kehormat Malaysia di Haiti, Nicaragua & Dominican Republic telah diadakan.   Kupasan perbincangan adalah tertumpu kepada pembentukan kerajaan baru Malaysia, situasi semasa di negara masing-masing, pendekatan ke arah memperkasakan hubungan dua hala di antara Malaysia dan negara-negara berkenaan dan potensi kerjasama dalam bidang-bidang tertentu serta pameran-pameran peringkat antarabangsa di negara masing-masing untuk tahun 2023.  Bagi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cik Chenderawasih turut merakamkan penghargaan di atas usaha dan kerjasama yang erat mereka serta ucapan Hari Natal yang bakal dirai kelak.

Share:
Link copied to clipboard
Back