Mission News

6th Middle East and North Africa International Franchise Licensing and Exhibition 2008 (MIFE 2008)

22 December 2009 1 views

 


6th Middle East and North Africa International Franchise Licensing and Exhibition 2008 (MIFE 2008)



Ekspo dan Pameran Francais “6th Middle East and North Africa International Franchise Licensing and Exhibition 2008” (MIFE 2008) telah diadakan pada 4 – 6 Jun 2008 bertempat di Hotel Cairo Marriot. Ekspo dan Pameran Francais yang dianjurkan oleh Egyptian Franchise Development Association (EFDA) ini telah disertai oleh 16 buah negara termasuk United Kingdom, USA, Australia, UAE, Ireland, Perancis dan lain-lain dengan 80 produk di 77 booth pameran. Pameran selama tiga (3) hari ini telah mencatat transaksi sebanyak USD$ 500,700 juta.

Pavillion Malaysia menempatkan sembilan (9) booth dengan penyertaan empat (4) francaisor tempatan iaitu Secret Recipe Sdn. Bhd., Nineteen O One Sdn. Bhd., Zouk Spa Sdn. Bhd. dan Sutra Franchise Sdn. Bhd. Manakala MECD, PNS, MyFranchise Sdn. Bhd., MFA dan MATRADE turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut. MyFranchise membawa dua (2) produk keluaran mereka iaitu Forest’ Secret dan Malaysia Kitchen untuk diperkenalkan kepada pasaran antarabangsa. Pavillion Malaysia telah mendapat 83 pertanyaan niaga dengan 19 daripadanya berpotensi untuk dijadikan sebagai rakan niaga yang dianggarkan sejumlah RM 1 juta transaksi perniagaan. Tiga syarikat francaisor asing telah dikenalpasti berminat untuk meluaskan jaringan perniagaan mereka ke Malaysia iaitu Mo’men, Cilantro dan Ecowash.
Share:
Link copied to clipboard
Back