Mesyuarat Jawatankuasa SPKM Bil 1 Tahun 2026 telah diadakan bagi menyelaras serta membincangkan pelbagai isu berkaitan tatakelola, kebajikan dan kesejahteraan pelajar Malaysia di Mesir. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Agensi Persekutuan dan Atase Pendidikan Negeri di Kaherah.
Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kerjasama serta memupuk hubungan baik dengan pihak kerajaan tuan rumah demi memastikan urusan dan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
Semoga segala usaha dan kerjasama erat antara semua pihak terus diperkasakan ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, selamat dan harmoni buat seluruh pelajar Malaysia di Mesir.
