Menyantuni para pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir dalam satu sesi perjumpaan bersama Duta Besar Malaysia ke Mesir bagi menyelami urusan harian, kebajikan serta aktiviti mereka sepanjang berada di bumi Anbiya’.
Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil Pejabat JAKIM dan Student Liaison Officer (SLO) Kaherah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh jaringan sokongan dan kebajikan pelajar Malaysia di Mesir.
Perjumpaan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memberikan nasihat dan panduan kepada para pelajar agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, menjaga nama baik negara, serta menghormati undang-undang dan peraturan tempatan sepanjang berada di Mesir.
Semoga para pelajar terus cemerlang dalam pengajian dan menjadi duta kecil Malaysia yang berdisiplin serta berakhlak mulia.