Pasukan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menyertai Diplomatic Football Tournament 2026 yang berlangsung di Zamalek bersama pasukan-pasukan diplomatik lain termasuk Perancis, Kanada dan Itali. Kejohanan ini menghimpunkan komuniti diplomatik di Kaherah dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persahabatan. Antara Kedutaan Asing di Egypt yang menyertai kejohanan ini adalah Negara hos / Tuan Rumah - Egypt, Viet Nam, India, Japan, Turki, Sepanyol, UK, USA, German, Senegal, Morocco, Perancis, Austria, Norway, Poland, Denmark, Argentina, Angola, Netherlands, Belgium, Switzerland, Finland, Sweden, Portugal, Brazil, EU dan beberapa Organisasi Antarabangsa juga turut serta seperti UNODC, ILO, IOM, FAO, WBG serta UNHCR.
Penyertaan Pasukan KBMK dalam kejohanan tersebut bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap gaya hidup sihat dan semangat berpasukan, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan, membina jaringan kerjasama serta bertukar pandangan secara informal dalam kalangan wakil diplomatik pelbagai negara.
Pasukan KBMK turut berbangga apabila salah seorang pemainnya, Ustaz Abdul Rahman, telah terpilih mewakili Diplomatic All Star Team untuk menentang Egypt All Stars pada perlawanan penutup kejohanan yang berlangsung pada 16 Mei 2026 baru-baru ini. Pemilihan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap semangat, disiplin dan mutu permainan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.
Secara keseluruhannya, penyertaan Pasukan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dalam kejohanan ini berjaya memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan persahabatan erat dalam kalangan komuniti diplomatik di Kaherah.
Majulah Sukan Untuk Negara.
