
Malawakil Kaherah dengan kerjasama Perwakilan Negara-Negara ASEAN di Kaherah telah menganjurkan ASEAN Diplomatic Committee Joint Iftar di Diplomatic Club, Kaherah. Majlis tersebut diadakan sempena memuliakan bulan Ramadan bertepatan dengan budaya tempatan masyarakat di Mesir, selain mempromosi dan meningkatkan visibility ASEAN di Mesir. Seramai 120 orang tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Mesir antaranya Kementerian Luar Negeri, Pejabat Sheikul Azhar dan Pengurusan Tertinggi Institusi Al Azhar, Kementerian Kesihatan dan Populasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kewangan, Dewan Perniagaan Mesir dan Majlis Hal Ehwal Antarabangsa, selain Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Sabit Merah Mesir, Pengerusi Majlis Belia Mesir, pihak media dan beberapa Ketua Perwakilan Asing beragama Islam di Mesir telah memeriahkan majlis tersebut.