Mission News

Kejohanan Golf Persahabatan anjuran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

03 July 2012 1 views

 

Kejohanan Golf Persahabatan bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong peringkat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah diadakan di The Allegria Golf Club pada 30 June 2012. Kejohanan tersebut telah disertai oleh pegawai-pegawai Kedutaan dan Agensi serta ekspatriat Malaysia yang menetap di Mesir. Kejohanan tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan KBMK dan juga rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Selain itu, ianya juga adalah platform untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan situasi semasa politik dan ekonomi Mesir. Ketua Canseri, En. Shaiful Anuar Haji Mohamad yang mewakili TYT Duta semasa ucapannya merakamkan ucapan terima kasih di atas penyertaan yang menggalakkan dan berharap lebih banyak lagi program seperti ini dapat diadakan di masa hadapan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back