
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah menganjurkan Majlis Iftar bersama Diaspora Malaysia yang berada di Mesir. Majlis tersebut telah diimarahkan oleh 300 orang diaspora Malaysia di Kaherah, Mesir yang terdiri daripada golongan professional (PETRONAS) dan mahasiswa. Majlis tersebut turut diiringi dengan Pertandingan Tilawah Al-Quran di kalangan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Universiti Al Azhar, Forum Agama bertajuk "Bonus Bulan Ramadan" disamping solat sunat Tarawih berjemaah dan moreh. Program tersebut telah berjaya mewujudkan suasana berbuka puasa di Malaysia yang sedikit sebanyak diharap dapat mengubat kerinduan khususnya di kalangan mahasiswa kepada keluarga di tanah air selain dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara pihak Kedutaan dengan rakyat Malaysia di Mesir.