Mission News

Majlis Rumah Terbuka KBMK

12 April 2024 1 views

 

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 pada Syawal ke-3 di Dataran Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu yang hadir terdiri daripada warganegara Malaysia yang berada di Mesir (mahasiswa & ekspatriat), pegawai kerajaan Mesir, kor diplomatik di Kaherah, alumni Malaysian Technical Cooperation Programme dan wakil media massa tempatan. Tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisi masyarakat Malaysia seperti Nasi Impit, Sate dan Kuah Kacang, Bihun Sup Daging dan Laksa Utara, Nasi Ambeng, Roti Jala dan Kari Ayam, Nasi Hujan Panas, Acar Jelatah, Ayam Masak Merah dan Rendang Daging selain kuih muih tradisional (kuih bakar, nona manis, kuih cara, seri muka) dan biskut raya seperti semperit, cornflakes madu, makmor dan kek lapis selain ais krim Malaysia dan Ais Batu Campur (ABC). Rumah Terbuka KMBK turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh mahasiswa Malaysia dan tarian kebudayaan Malaysia oleh pelajar sekolah daripada kalangan anak-anak HBS KBMK. Selain menyantuni rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir program ini juga telah mengetengahkan perayaan, budaya dan juadah masyarakat Malaysia kepada masyarakat tempatan dan perwakilan diplomatik asing di Kaherah dalam suasana mesra dan santai. Program KBMK ini juga telah mendapat liputan surat khabar arus perdana Mesir, Al-Ahram pada 13 April 2024.

Share:
Link copied to clipboard
Back