Latar Belakang
Jabatan Imigresen Republik Arab Mesir akan memperkenalkan urusan pembaharuan visa pelajar Malaysia di pejabat Imigresen di Buuth, melalui wakil visa yang diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bermula pada 15 Februari 2016. Dasar ini dibuat ekoran jumlah pelajar Malaysia yang tinggi, serta kakitangan dan kelengkapan pihak Imigresen Mesir yang terhad. Satu taklimat telah diadakan antara KBMK dengan semua persatuan dan wakil pelajar Malaysia di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) pada 31 Januari 2016.
2. Sehubungan itu, pihak KBMK telah mengenal pasti tiga (3) orang wakil visa warga Malaysia bagi membantu urusan pembaharuan visa pelajar Malaysia di Kaherah seperti berikut:
(i) En. Muhammad bin Awang - +2010 0103 9198
(ii) Pn. Sakinah binti Abdullah Lim - +2010 9379 8597
(iii) En. Muhammad Mukram bin Mohd Kamil - +2011 4190 8922
3. Pihak KBMK juga telah mengenal pasti lima (5) pusat serahan pasport dan dokumen permohonan yang telah lengkap seperti berikut:
(i) Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) - En. Zalazfian bin Muhamed Dini (+2010 9499 4155). Dibawah seliaan En. Azmi Muhamad, Setiausaha Kedua (Pendidikan).
(ii) Rumah Wilayah Persekutuan - En. Mohd Faridil Atrash bin Mohd Suhaidi (+2010 6889 7347). Dibawah seliaan Atase Pendidikan (Wilayah Persekutuan).
(iii) Rumah Johor, Rabaah - En. Adam bin Ibrahim (+2011 5857 9933 tel / +6013 797 4602 whatsapp). Dibawah seliaan Atase Pendidikan (Johor).
(iv) Rumah Selangor - En. Shamsul Andri bin Masruddin (+2011 1282 2311). Dibawah seliaan Atase Pendidikan (Selangor).
(v) Rumah Kelantan - En. Nawi bin Saleh (+2010 0260 2022 tel / +6012 988 4997 whatsapp). Dibawah seliaan Atase Pendidikan (Kelantan).
4. Tempoh proses urusan visa dijangka akan mengambil masa antara 3-4 minggu (kecuali permohonan visa kali pertama, antara 7-9 minggu). *Bergantung kepada pihak imigresen Mesir.
5. Pemohon perlu memastikan tempoh sah laku pasport tidak kurang daripada 6 bulan semasa permohonan visa dibuat. Penyerahan pasport dan dokumen lengkap perlu dibuat sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tamat tempoh visa.
6. Bayaran pembaharuan visa (tidak termasuk denda lewat) adalah seperti berikut:
i) EGP70.00 - Pelajar Pengajian Islam & Sains Kesihatan, Universiti Al Azhar, Kaherah (wajib diperbaharui melalui wakil visa).
ii) EGP150.00 - Pelajar Sains Kesihatan Universiti Kaherah dan Ain Shams (boleh diperbaharui melalui wakil visa atau secara persendirian di pejabat Imigresen Tahrir).
7. Bagi pelajar Universiti Al Azhar, sekiranya visa telah tamat tempoh melebihi satu tahun, bayaran sebanyak EGP 233.00 dikenakan (denda lewat EGP 153.00 + setem lewat EGP 80.00 (untuk setahun)). Sekiranya visa telah tamat tempoh melebihi dua tahun, bayaran sebanyak EGP 313.00 dikenakan (denda lewat EGP 153.00 + setem lewat EGP 160.00 (untuk 2 tahun)), dan seterusnya.
Pasport Antarabangsa Malaysia
8. Bagi mereka yang ingin memperbaharui pasport antarabangsa Malaysia melalui KBMK, permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tempoh sah laku pasport tamat. Visa pemohon hendaklah hidup semasa pasport diperbaharui. Adalah dianggarkan proses untuk mendapatkan pasport baharu mengambil masa sekurang-kurangnya 4 bulan.
9. Sekiranya tempoh sah laku pasport (kurang 6 bulan) dan visa telah tamat, pemohon perlu pulang ke Malaysia untuk memperbaharui pasport mereka.
Prosedur untuk Pemohon
10. Pemohon perlu mengisi “Borang Pembaharuan Visa Jawazat” (borang permohonan visa imigresen Mesir) yang boleh didapati daripada wakil visa.
11. Seterusnya, pemohon dikehendaki mengisi “Borang Permohonan” seperti di Lampiran A. Kerjasama semua pemohon adalah dipohon untuk memastikan dokumen pembaharuan visa lengkap sebagaimana senarai semak di Lampiran B sebelum diserahkan kepada wakil visa / pusat serahan.
12. Pemohon yang tidak dapat menyerahkan sendiri permohonannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, boleh mewakilkan permohonan beliau dengan mengisi borang di Lampiran C.
Prosedur untuk Wakil Visa/ Pegawai Pusat Serahan
13. Wakil visa / pegawai di pusat serahan perlu menyemak semua dokumen-dokumen yang diterima daripada pemohon. Permohonan yang tidak lengkap perlu dikembalikan kepada pemohon berkenaan.
14. Pegawai di pusat serahan hendaklah menyerahkan pasport dan dokumen pemohon kepada wakil visa dengan menandatangani borang senarai nama pemohon seperti di Lampiran D.
15. Wakil visa hendaklah memasukkan data pemohon ke dalam komputer.
16. Setelah visa siap diproses, wakil visa akan menyerahkan semula pasport-pasport tersebut kepada pemohon yang perlu menandatangani “Borang Permohonan Urusan Visa Pelajar” (Lampiran A); ATAU kepada pusat serahan dengan menandatangani “Borang Senarai Nama Pemohon (Pemilik Pasport)” (Lampiran D).
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
Februari 2016