SOALAN | JAWAPAN SPR |
Adakah pelajar yang tinggal jauh di luar Cairo perlu datang ke Cairo untuk mengundi? | Semua rakyat Malaysia yang memohon untuk mengundi melalui pos perlu hadir sendiri ke Kedutaan untuk mengambil sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos. Pasangan atau wakil tidak dibenarkan untuk mengambil Sampul Keutamaan tersebut. Mereka perlu datang sendiri ke Kedutaan walaupun perlu melalui jarak perjalanan yang jauh dan tempoh masa yang panjang. |
Adakah SPR ada menyediakan peti undi dan papan pengadang untuk memangkah kertas undi di Kedutaan? | SPR akan menghantar Karung Khas kepada Kedutaan bersama-sama dengan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos. Papan pengadang tidak disediakan. Kedutaan diminta untuk menyediakan tempat untuk membuat penandaan yang sesuai seperti meja yang mempunyai kemudahan seperti pen dan gam diletakkan di meja berkenaan. |
Bilakah waktu (jam) yang ditetapkan untuk mengundi di Kedutaan? | Tarikh dan masa penyerahan Sampul Keutamaan akan ditentukan oleh SPR selepas berunding dengan Wisma Putra dengan mengambil kira tempoh masa penghantaran yang diperlukan bagi setiap Kedutaan. Wisma Putra akan mengadakan perbincangan dengan Kedutaan untuk menetapkan masa penyerahan. Tarikh dan masa ini akan ditetapkan sebelum hari penamaan calon. |
FAQ SPR (Perenggan 31) pengundi perlu memasukkan Borang Pengisytiharan Identiti ke dalam Sampul B. Ada rakyat Malaysia bertanya, jika ada Borang ini maka tiada lagi kerahsiaan dalam undi mereka. | Borang Pengisytiharan Identiti dimasukkan ke dalam Sampul B bersama-sama dengan kertas undi yang dimasukkan dalam sampul A. Borang Pengisytiharan Identiti akan diteliti bagi memastikannya lengkap dengan tandatangan, nama, alamat, nombor kad pengenalan, dan tarikh tandatangan saksi. Pegawai Pengurus akan memastikan nombor siri kertas undi yang tercatat di atas Borang Pengisytiharan Identiti adalah sama dengan nombor siri yang tercatat pada sampul A. Sekiranya semua teratur, Borang Pengisytiharan Identiti dan sampul A akan dimasukkan ke dalam dulang sampul A. (Sampul A yang mengandungi kertas undi tidak dibuka.) |
Bolehkah Kedutaan merekod dan mendapatkan tandatangan pengundi yang ingin membawa balik kertas undi untuk tujuan rekod bagi mengelakkan perkara tidak diingini? | Memadai dengan menggariskan nama, nombor kad pengenalan dan catatkan tarikh serahan kerana semasa proses penyerahan, Petugas akan meneliti kad pengenalan atau passport antarabangsa dengan wajah individu yang hadir. |
Adakah peralatan untuk menyemak ketulenan kad pengenalan dan sebagainya akan dibekalkan kepada Kedutaan? | Tidak ada peralatan dibekalkan untuk menyemak ketulenan kad pengenalan akan dibekalkan oleh SPR kepada Kedutaan. |
Adakah Kedutaan akan dibekalkan dengan peti undi. Sekiranya tiada, adakah Kedutaan perlu menyediakannya sendiri dan apakah ciri-ciri keselamatan yang perlu di ambil berat? | SPR akan menghantar Karung Khas SPR kepada Kedutaan bersama-sama dengan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos. Pengundi pos akan memasukkan Sampul B ke dalam Karung Khas SPR yang berkenaan. |
Sama ada warganegara Malaysia yang bukan Kakitangan Kedutaan dibenarkan untuk menjadi pemerhati proses pengundian pos seperti berikut: ? Semasa membuka beg daripada SPR yang mengandungi Sampul Keutamaan. ? Mengesahkan kandungan di dalam beg daripada SPR ini sepadan dengan senarai yang disediakan oleh SPR semasa penghantaran di Malaysia ? Memastikan pengundi yang betul menerima kertas undinya berdasarkan Peraturan Pengundian Pos ? Semasa proses mengumpulkan semula Sampul Keutamaan B sehingga dimasukkan ke dalam Karung Undi Pos ? Semasa menutup Karung Undi Pos yang mengandungi Sampul Keutamaan B untuk dibawa pulang melalui Beg Diplomatik | Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan kehadiran ejen-ejen calon semasa proses pengeluaran di pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya dan semasa pengiraan di Pusat Pengiraan undi sahaja. |
Bagaimana untuk melupuskan kertas-kertas undi yang tidak dituntut oleh Pengundi? Adakah ia akan dihantar semula kepada SPR atau dilupuskan di Malawakil? Sekiranya dilupuskan di Malawakil, adakah ia dibenarkan dibuat dengan kehadiran pemerhati? | Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi yang tidak dituntut perlu dihantar pulang ke SPR bersama-sama dengan senarai selepas tamat hari pengundian biasa di Malaysia untuk direkodkan. |
Soalan 32 Soal Jawab Pengundian Pos menyatakan Pengundi yang tidak mahu mengambil kertas undi pada hari yang ditetapkan perlu menghantarnya sendiri kepada SPR di atas kos sendiri. Kertas Undi juga perlu sampai ke SPR pada jam 5 petang di hari pilihan raya. Bolehkah SPR memaklumkan sama ada dihantar kepada SPR atau Pejabat Bahagian Pilihan Raya? Bolehkah SPR memberi alamat lengkap pejabat berkenaan supaya Pengundi boleh menghantarnya kepada tempat yang betul. | Alamat lengkap Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya telah dicapkan di atas Sampul B yang berkenaan. Sekiranya terdapat individu yang ingin menghantar Sampul B secara sendiri, mereka boleh menggunakan alamat berkenaan. |
Adakah lokasi pengundian pos boleh dibuka di Kedutaan Malaysia sahaja atau boleh juga di buka di universiti / tempat lain di mana rakyat Malaysia / pelajar ramai di situ | Tidak, bagi PRU ke -13 tempat penyerahan dan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos hanya di buka di Kedutaan sahaja. |