Mission News

ASA Charity Bazaar 2025

11 December 2025 1 views
7 Disember 2025- Perwakilan serta Kedutaan Besar Malaysia telah menyertai seramai lebih 50 Pejabat Kedutaan Besar, organisasi dan sekolah-sekolah antarabangsa di Astana dalam "ASA Charity Bazaar 2025" yang diadakan di Hotel Radisson, Astana, Kazakhstan.
TYT Ambassador Mohd Adli dan Puan Intan Zurina Dollah selaku Pengerusi Perwakilan turut hadir pada majlis pembukaan ASA Charity Bazaar tersebut. Aktiviti Bazaar ini adalah acara tahunan komuniti diplomatik anjuran Ambassador’s Spouses Association (ASA) Kazakhstan bagi mengumpul dana untuk membantu golongan yang memerlukan serta organisasi-organisasi kebajikan di Kazakhstan.
Bagi tahun 2025, Perwakilan serta Kedutaan Besar telah membuka reruai Malaysia untuk mempromosi dan menjual pelbagai barangan kraftangan Malaysia seperti rantai kunci, kain batik sarong dan baju kaftan batik. Selain itu, Perwakilan Astana juga menjual pelbagai makanan dan kuih muih bagi memperkenalkan tradisi gastronomi Malaysia seperti nasi lemak, bihun goreng ayam, kuih seri muka, kuih sarang semut, karipap, pulut kuning dan serunding. Tidak lupa juga minuman kegemaran teh tarik dan kopi dari Malaysia bagi menarik perhatian ramai pengunjung yang hadir.
Reruai Malaysia di dalam ASA Charity Bazaar 2022 adalah merupakan wadah terbaik bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 kepada pengunjung-pengunjung yang hadir. Selain itu, ianya juga dapat memberi peluang kepada komuniti tempatan Kazakhstan untuk mengenali negara Malaysia yang begitu kaya dengan kepelbagaian budaya, keindahan produk tempatan serta makanannya yang lazat dan memikat selera. Alhamdulillah tahun ini, reruai Malaysia telah menjadi tumpuan dan mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Terima kasih kepada semua yang telah datang dan memberi sokongan!
Share:
Link copied to clipboard
Back