Mission News

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

19 February 2013 1 views

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA

 

CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI MELALUI POS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)

 

1.         Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

 

1.1       Warganegara Malaysia

1.2       Pemilih berdaftar

1.3       Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia

1.4       Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

2.         Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari Pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

3.         Borang 1B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu kaedah penghantaran seperti berikut:

 

3.1       Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my

3.2       Melalui faks ke +603-8881 1201 / 1202 / 1187 / 1192; atau

3.3       Melalui pos ke alamat;

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

4.         Semua pemohon perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.

 

5.         Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala), Brunei dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.

 

6.         Sebarang pertanyaan bagi warganegara Malaysia di Lubnan boleh juga ditujukan kepada:

En. Nor Azman Taib, Ketua Canseri

e-mel: norazman@kln.gov.my

En. Mohd Noor Sahid, Setiausaha Kedua

e-mel: msahid@kln.gov.my

 

Share:
Link copied to clipboard
Back