Cik Clara Soon May Lynn, Pengarah di Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah pada Selasa, 24 Februari 2026.
Pelbagai perkara telah diketengahkan semasa pertemuan tersebut. Antaranya ialah isu-isu konsular di Sabah, isu-isu keselamatan sempadan Malaysia- Sabah, pengurusan bencana dan kerjasama serantau ASEAN.
Setiausaha Persekutuan Sabah turut mempelawa Pejabat Wilayah Sabah untuk turut serta dalam pelbagai program yang akan diadakan sepanjang tahun 2026.


