Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Cik Clara Soon May Lynn telah mengadakan kunjungan hormat the atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Hj. Aman pada 28 April 2026 di Istana Seri Kinabalu, Sabah.
Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama antara Kementerian Luar Negeri dengan Kerajaan negeri khususnya dalam bidang hal ehwal hubungan antarabangsa.
Perbincangan semasa kunjungan hormat tersebut meliputi peranan Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri dalam memberikan bantuan khidmat konsular kepada rakyat Malaysia di Sabah yang mempunyai urusan kecemasan di luar negara, menyelaras kunjungan hormat daripada ketua perwakilan asing kepada kepimpinan tertinggi di Sabah dan membantu memudahcara urusan pejabat-pejabat Konsulat asing di Sabah.
Pengarah Wilayah Sabah turut mengambil peluang untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa dan global semasa kunjungan hormat tersebut.



