Mission News

Pengarah Pejabat Wilayah Sabah Mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Datuk Bandar Kota Kinabalu

11 May 2026 1 views

Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Cik Clara Soon May Lynn telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg.  Dato’ Sri Dr. Hj. Sabin Samitah, Datuk Bandar Kota Kinabalu pada 11 Mei 2026 di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara Kementerian Luar Negeri dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu khususnya dalam bidang hal ehwal hubungan antarabangsa.

Perbincangan semasa kunjungan hormat tersebut meliputi peranan Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri dalam memberikan bantuan khidmat konsular kepada rakyat Malaysia di Sabah dan membantu memudahcara urusan pejabat-pejabat Konsulat asing di Sabah.

Pengarah Wilayah Sabah turut mengambil peluang untuk bertukar pandangan mengenai bidang-bidang kerjasama yang berpotensi untuk diterokai oleh Sabah di peringkat antarabangsa.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back