Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Cik Clara Soon May Lynn telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Sh Sitti Saleha binti Habib Yussof, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah pada 12 Mei 2026.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dua hala antara Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri dengan JIM Sabah.
Perbincangan semasa kunjungan hormat tersebut meliputi isu-isu berkaitan konsular, warga asing, perlindungan dan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara.


