Mission News

Pengarah Pejabat Wilayah Sabah Mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah pada 14 Mei 2026

14 May 2026 1 views

Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Cik Clara Soon May Lynn telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor pada 14 Mei 2026 di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama antara Kementerian Luar Negeri dengan Kerajaan negeri khususnya dalam bidang hal ehwal hubungan antarabangsa.

Perbincangan semasa kunjungan hormat tersebut meliputi peranan Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri dalam memberikan bantuan khidmat konsular kepada rakyat Malaysia di Sabah; menyelaras kunjungan hormat daripada ketua perwakilan asing kepada kepimpinan tertinggi di Sabah; dan membantu memudahcara urusan pejabat-pejabat Konsulat asing di Sabah.

Pengarah Wilayah Sabah turut mengambil peluang untuk bertukar pandangan mengenai sektor-sektor yang berpotensi untuk diperkembangkan di Sabah semasa kunjungan hormat tersebut.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back