Pada 21 Disember 2014, Malawakil telah menganjurkan Hari Keluarga ASEAN di perkarangan Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Lima. Majlis ini telah dihadiri Duta Besar Indonesia dan Thailand serta keseluruhan warga Home Based Staff (HBS) ASEAN Committee Lima (ACL) dan anggota keluarga masing-masing. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Konsul Kehormat Singapura di Peru telah turut menghadiri malis ini.
Para tetamu telah mula hadir pada jam 11.30 pagi dan disambut oleh TYT Datuk Duta Besar dan isteri berserta kakitangan Kedutaan yang lain. Majlis dimulakan kira-kira jam 11.45 pagi dengan Datuk Duta Besar menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan. Majlis hari keluarga ini adalah sambutan program tahunan yang dianjurkan oleh ACL bagi merapatkan hubungan di kalangan warga ASEAN di Lima, Peru dan majlis kali ini adalah giliran Kedutaan Besar Malaysia.
Majlis kemudiannya disambung dengan beberapa aktiviti permainan bagi kanak-kanak dan juga dewasa. Permainan pertama yang diadakan adalah musical balloon. Permainan ini telah disertai oleh kanak-kanak dan juga dewasa. Apabila selesai permainan ini, para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan makan tengahari. Malawakil telah menyediakan nasi lemak, kari ayam, mihun goreng, karipap, kuih tart nenas dan buah-buhan serta minuman panas dan ringan. Kedutaan Indonesia dan Thailand juga telah membawa 2 hidangan setaip negara untuk turut disajikan semasa jamuan makan tengahari. Pihak Indoensia telah membawa Batagor dan Talem Ubi manakala Thailand telah membawa Saku Sai Pla dan Kanom Tom.
Selepas jamuan makan tengahari, Majlis telah turut diisi dengan permainan-permainan lain yang telah diatur seperti di dalam program majlis dan sesi karaoke. Di penghujung sesi karaoke, majlis penyampaian hadiah telah diadakan, dimana semua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga telah diberikan hadiah berbentuk hamper makanan.
TYT Datuk Duta Besar dan warga Kedutaan telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir semasa sambutan hari keluarga ini diadakan. Majlis tamat kira-kira jam 4.00 malam dengan tetamu mula meninggalkan majlis.