Mission News

Memartabatkan Bahasa Malaysia di Peru

20 July 2018 1 views

 

Siri ke-3 bengkel Bahasa Malaysia telah diadakan pada 17 Julai 2018 di Sekolah Santo Domingo El Apostol oleh Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru dengan kolaborasi Majlis Perbandaran Lima, Peru. Seramai 40 orang pelajar telah menyertai bengkel bahasa. Mereka telah menunjukkan minat yang tinggi dalam mempelajari Bahasa Malaysia.

 

Selain dari bahasa, pelajar-pelajar juga turut didedahkan dengan pengetahuan am mengenai Malaysia, tradisi dan kebudayaannya serta keunikan Malaysia yang berbilang kaum. Permainan tradisional congkak juga turut ditunjuk ajar kepada mereka. Pada akhir bengkel  kesemua pelajar menyanyi beramai-ramai lagu rakyat ‘Rasa Sayang Hey’.

 

Objektif aktiviti kolaborasi ini diadakan di sekolah-sekolah menengah di serata kawasan Lima setiap tahun supaya anak-anak muda Peru dapat mengenali Bahasa Malaysia. Adalah menjadi harapan Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru agar Bahasa Malaysia dapat dimartabatkan di Peru pada masa akan datang.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back