Mission News

Pelajar Peru Berdansa Tari Tradisional

28 November 2017 1 views

Kedutaan Besar Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Lima telah mengadakan kelas gerak tari tradisional pada 28 November 2017 di Colegio Juana Alarco de Dammert. Program ini merupakan salah satu program outreach di bawah program Muni Becas bagi menanam dan memupuk seni dan budaya Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Peru.

  

Wakil Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah mendemonstrasi dan memberi tunjuk ajar dua jenis tarian iaitu Tarian Canggung dan Joget. Pelajar-pelajar tersebut menunjukkan minat yang sangat tinggi dan berjaya mempelajarinya dengan mudah dalam masa yang singkat. Pengetua sekolah, Encik Jaime Quispe García amat menghargai usahasama Kedutaan Besar Malaysia untuk mendekatkan warisan negara Malaysia kepada belia-belia Peru. Melalui platform seperti ini diharapkan agar seni dan budaya Malaysia akan lebih dikenali di seluruh dunia.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back