Mission News

Penyertaan Malawakil Lima dalam La Feria Internacional de Cultura, Turismo y Educación (FICTE) 2024

02 October 2024 1 views
 
 
Dalam usaha mempromosi Malaysia di Republik Peru, Malawakil Lima telah menyertai La Feria Internacional de Cultura, Turismo y Educación (FICTE) 2024, anjuran Municipalidad de Miraflores pada 27-29 September 2024 di Kennedy Parque. FICTE 2024 telah menampilkan sebanyak 30 Kedutaan Besar asing di Lima, Republik Peru dan telah menarik sebanyak 300,000 orang pengunjung sepanjang 3 hari penganjuran.
Sepanjang program berlangsung, Malawakil Lima telah mempromosi:
i. Budaya dan warisan Malaysia;
ii. Pelancongan dan peluang pendidikan di Malaysia;
iii. Menyebarkan maklumat tentang ASEAN; dan
vi. Penerangan konsep Malaysia Madani.
Booth Malaysia telah tampil sebagai salah satu persinggahan utama pengunjung-pengunjung yang hadir. Penerangan mengenai Malaysia telah disampaikan kepada semua pengunjung. Di samping itu, Malawakil Lima juga telah menganjurkan kuiz berkaitan Malaysia dan ASEAN serta Pertandingan Congkak dalam usaha menarik pengunjung datang ke Booth Malaysia.
Pihak Municipalidad de Miraflores melalui Mayor Carlos Canales telah menzahirkan penghargaan kepada Malawakil Lima atas penglibatan aktif Malawakil di dalam FICTE 2024.
Usaha-usaha akan terus dipertingkatkan dalam mempromosi Malaysia di Republik Peru.
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back