YAB Datuk Seri Fadillah Yusof bersama AJK Masjid dan Pegawai dari Malawakil Lima
YAB Datuk Seri Fadillah Yusof menyerahkan Al Quran dengan terjemahan Bahasa Sepanyol kepada pihak Masjid Magdalena bagi kegunaan umat Islam di Peru
Pada 15 dan 16 Ogos 2024, Malawakil Lima telah mengatur lawatan YAB Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri ke Masjid Magdalena del Mar bagi mengerjakan solat Subuh dan Jumaat serta menyantuni komuniti Islam di Peru.
Encik Murad Hamide, Presiden Persatuan Islam Peru, mewakili komuniti Muslim di Peru telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan mereka mengenai Islam. Di samping itu, Persatuan Islam Peru juga sedang meneroka untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam pelaksanaan standard dan persijilan halal di Peru.
Pihak Malawakil juga dimaklumkan bahawa Persatuan Islam Peru sedang giat menjalankan usaha-usaha untuk menubuhkan sebuah sekolah Islam di Peru.
Semasa lawatan tersebut, YAB Datuk Seri Fadillah Yusof turut menyampaikan sumbangan wakaf Al-Quran terjemahan Bahasa Sepanyol kepada Persatuan Islam Peru.